SYARAT-SYARAT KEANGGOTAAN
- Permohonan dibuka kepada semua warga pendidik yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau mana-mana agensi Kementerian di Malaysia yang memberi perkhidmatan pendidikan tanpa mengambil kira jawatan yang di sandang.
- Warganegara Malaysia.
- Berjawatan tetap.
- Tanpa had sekatan umur.
- Anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman tanpa mengira tempat bertugas. Anak kelahiran negeri-negeri selain dari negeri Kedah Darul Aman mestilah bertugas di negeri Kedah Darul Aman semasa mengemukakan permohonan keanggotaan. Setelah permohonan diluluskan dan mendapat nombor keanggotaan, keanggotaannya kekal, walaupun bertukar ke negeri-negeri lain selain negeri Kedah Darul Aman.
- Fee masuk RM100.00 dan tidak dikembalikan.
- Yuran minima RM50.00 sebulan dan akan dikembalikan apabila berhenti sebagai anggota.
- Syer minima RM1,000.00 (boleh dibayar secara sekaligus atau RM25.00 sebulan secara ansuran sehingga mencukupi jumlah minima RM1,000.00) akan dikembalikan apabila berhenti.
- Bayaran perkhidmatan RM5.00 sebulan dan tidak dikembalikan.
- Jariah kematian RM5.00 sebulan dan tidak dikembalikan. Sebaliknya, akan menerima sumbangan apabila berlaku kematian di kalangan tanggungan anggota yang terdisi daripada suami atau isteri anggota, ibu atau bapa anggota, ibu mertua atau bapa mertua anggota dan anak-anak anggota yang berumur 18 tahun ke bawah dan masih dibawah tanggungan anggota.
- Yuran pembangunan RM10.00 sebulan akan dikembalikan apabila berhenti.
- Bayaran wang Tabung Wakaf RM1.00 sebulan, tidak akan dikembalikan kerana diwakafkan bagi diri anggota sebagai amal jariah untuk bekalan di hari akhirat.,
FAEDAH DAN KELEBIHAN SEBAGAI ANGGOTA
- Peluang menabung secara tetap pada kadar minima RM50.00 sebulan dan maksima tanpa had sebagai bekalan di hari tua.
- Hasil tabungan terkumpul tidak dibenarkan untuk dikeluarkan kecuali berhenti daripada menjadi anggota. Sekiranya wang diperlukan, anggota boleh memohon pembiayaan yang jumlahnya melebihi dari hasil tabungan terkumpul anggota.
- Anggota baru layak memohon pembiayaan serentak dengan permohonan keanggotaan.
- Hasil tabungan akan meningkat dan selamat.
- Bayaran tabungan dan bayaran balik pembiayaan dibuat melalui Biro Potongan Angkasa.
- Berhak mendapat pelbagai jenis pembiayaan tanpa faedah.
- Pembiayaan dilindungi, tanpa meninggalkan sebarang beban hutang kepada waris apabila berlaku kematian kepada anggota yang meminjam.
- Peluang mendapat Hadiah Kecemerlangan Pendidikan bagi setiap anak yang cemerlang dalam bidang akademin.
- Setiap anggota dan tanggungannnya yang meninggal dunia akan mendapat SUMBANGAN KHARIAT KEMATIAN pada kadar yang ditetapkan oleh aturan aktiviti khariat kematian.
- Peluang membuat amal jariah melalui Skim Amanah Wakaf Jariah sebagai bekalan di akhirat pada kadar RM1.00 sebulan.
- Peluang menikmati potongan harga bagi setiap aktiviti sampingan yang dijalankan oleh KGMKB. Contoh : Pelanggan Hotel Darulaman, Pelanggan Hospital Pusat Rawatan Mahsuri bagi kes bersalin dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan dari masa ke semasa.
- Layak menyertai perlindungan Plan Takaful Mutiara Plus tanpa pemeriksaan doktor.